Friday, December 31, 2010

Welcome 2011, Goodbye 2010



2010 sudah sampai ke penghujungnya.
Bermacam-macam pengalaman.
Berbagai-bagai kenangan yang telah dicipta tahun 2010.

Gelak, tawa, tangis, marah,
Jatuh, bangun, 
Ditinggalkan, dilupakan, 
Kesemuanya membuatkan diri lebih tabah dan kuat
tuk harungi kehidupan.

Apa yang diharapkan
semoga kedatangan tahun 2011 ni
akan membawa perubahan dan 
akan membawa pengertian dalam hidup.

Seperti biasa tak ada azam tahun baru
sama seperti tahun-tahun sebelum ni
sebabnya azam tersebut hanya akan tinggal azam

Yang ada hanyalah impian
yang diharapkan akan menjadi kenyataan
yang diharapkan akan mampu dicapai
yang diharapkan akan membawa perubahan dalam hidup
Insyaallah...

p/s: sem akhir, tesis, praktikal, mula cari kerja, memanfaatkan masa di kedah, 
belajar tentang fotografi, lebih berani untuk ke depan. 
Semua ni antara impian yang ingin dilaksanakan
pada tahun 2011.



Thursday, December 30, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Ish-ish, sejak duduk umah ni makin malas pulak update blog. Sedangkan banyak je benda yang nak dicerita. Tapi tulah, MALAS tu dah jadi kawan. Jadi, hari ni aku nak update pasal cuti-cuti Malaysia.

Hari tu, balik jek dari habis exam kakak saudara aku ajak pegi jalan-jalan. Aku pun dengan xcitednya tanyalah dekat mana, pastu dia cakap pegi Genting. Mula-mula fikir jugak, aku baru balik rumah duit pun dah habis. duit yang sedia ada untuk pegi cuti ngan membe. Takkanlah nak guna duit tu, sebab lama aku simpan duit tu tuk pegi bercuti ngan budak-budak ni. Sebabnya dah lama gila rancang. Tengah-tengah fikir tu, tiba-tiba kakak saudara aku mesej lagi. Mesej tu berbunyi begini, "tak payah fikir pasal hotel dan duit tiket bagai. Just bawak diri n baju jek, yang lain sumenya ditanggung."

Wah-wah pucuk dicita ulam mendatang, aku apalagi terus setuju. Hehehe. So, sekarang ni aku nak kongsi dengan korang pulak, gamba-gamba yang diambil sepanjang 2 hari 1 malam aku kat sana. Memang best dan happening cuti kat Genting. Lebih-lebih lagi bila pergi dengan kakak saudara. Lagipun, aku dah lama tak jumpa apatah lagi keluar dengan dorang.

Sebab datang waktu cuti skola, so macam nilah ramainya orang kat sana. Nasib baik pergi hari Isnin, so tak adalah kena beratur panjang sangat.
Ini budak sangat excited nak bermain di Genting, kejut je suruh bangun terus dia duduk. Selalunya susah nak bangun pagi. Ni anak kakak saudara aku, ummi dia dalam pantang. So makcik-makcik dia telah ditugaskan untuk menjaga budak kecik yang banyak mulut ni.
Budak Nisa' ni memang pandai bergaya bila ambil gamba. Tengok kamera jek terus senyum. Siap minta ambil gamba lain lagi bila tengok gamba dia cam x cantik. Huhuhu.
Yang depan tu Kak Aida, yang tengah adik sedara Aisyah dan yang blakang tu Kak Siti. Mungkin ni kali terakhir aku keluar berpoya-poya dengan dia, sebab bulan 3 tahun depan die dah nak kahwin. Huhu. Hilang satu geng dan hilang sorang kakak tuk aku buli.












Muka kelaparan dan kepenatan tunggu kakak sedara aku pegi beli McD. Huhu.

Saturday, December 18, 2010

Bersukan

Yeah...setelah hampir berminggu aku x update blog...
akhirnya ak update jugak...beselah nak buat cmne...
busy ngan exam..busylah sangat ko tu lid..
sebenarnya xde idea...hehehe...

sebenarnya aku baru sampai umah petang semalam...
sebelum ni aku pergi jalan-jalan jap kat perak...
time kasih ifa sebab bawak aku jalan-jalan kat perak... =)

petang tadi aku balik umah nenek sekejap...
sebab dua orang sepupu aku (dorang kembar) bersunat...
best gak kacau orang bersunat nie...
asyik menjerit jek kejenya...hahaha...

pastu selain dari mengacau orang, aku ngan adik-adik aku main badminton...
konon-konon mengambil angin petang secara sihatlah...
lagipun kitaorang da lama tak jumpa...
kitaorang main ngan sepupu aku yang kecik...
saje jek buli budak tuh...
sebab banyak sgt cakapnya...

cakap banyak pun tak guna...
nah layan jelah ek gamba-gamba ni..
adik aku lagi sorang akmal tak ada...
sebab time orang nak gerak balik kampung, time tulah die sibuk nak merayau...
konon-konon nak wat  persiapan nak kua tengok bola..















Thursday, December 9, 2010

Hate to say good bye...

Mengucapkan selamat tinggal, itulah perkara yang paling aku benci...aku tak suka nak ucapkan selamat tinggal lebih-lebih lagi untuk orang yang aku sayang...

tadi jiran depan bilik aku, kak chik balik...sem nie sem akhir die kat UUM...2 tahun die tinggal dekat depan bilik aku...tapi baru sebulan kami kenal rapat...bayangkan die dah nak abes blaja baru aku kenal die...

selama ni aku anggap die sangat sombong...sebab die tak pernah nak senyum kalau jumpa aku dan rumate..tapi bila aku kenal die, die sangat-sangat istimewa...sangat berbeza dengan apa yang aku bayangkan...itulah lain kali jangan pandang dari paras rupa sahaja...

dalam sebulan  yang penuh dengan tekanan sebab exam...sebulan yang penuh emosi, dan sebulan yang menguji kesabaran itulah kak chik hadir...die ceriakan hidup aku dengan tawa die...dengan telatah die, hilang semua yang tekanan yang ada...


aku selalu tergelak bila die selalu sebut ayat macam ni, "tak kisahlah tak mandi pun yang penting tetap cantik"...memang aku tak akan kering gusi tergelak...lebih-lebih lagi bila kak Chik buat dengan gaya tangan sekali...

sekarang die dah pulang ke tempat asal, pergi utuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai dan meneruskan perjalanan yang masih panjang...kadang-kadang timbul juga kesal dihati, kenapa aku tak kenal die sebelum ni lagi...

buat sahabat aku merangkap adik kepada kak chik, Ifa, terus terang aku katakan pada kau, yang kau sangat bertuah punya kakak seperti kak chik...dia sangat menyayangi dan menjaga kau...dia sangat memberi kau semangat ketika kau jatuh...kau bertuah ifa...dia menjaga kau bagaikan kau adalah adik kandung die...kau sangat bertuah sebab punya dia sebagai kakak walaupun kamu berdua tidak punya pertalian darah...


untuk kak chik, terima kasih tak terhingga untuk segala kenangan yang kak chik bagi walaupun sekejap...
terima kasih sebab ceriakan hidup alid dengan telatah dan lawak kak chik...
lepas ni xde sapa yang nak nyanyi dalam bilik air...
lepas ni time alid bukak pintu xde lagi kelibat kak chik...
maaf sebab alid tak dapat nak bagi apa-apa untuk kak chik...

maaf juga sebab tiada kenangan yg mampu alid cipta untuk kak Chik...
maaf sebab kadang-kadang kacau kak Chik...
hanya ucapan terima kasih je yang alid mampu bagi...
mengenali diri kak Chik adalah anugerah terindah buat alid semester ni...

alid doakan kak Chik akan berjaya mencapai apa yang kak Chik impikan...
terima kasih banyak-banyak kak Chik...

kak Chik bertuah punya adik seperti Ifa...
dan alid juga bangga punya sahabat seperti dia...
alid sayangkan kak Chik walaupun baru kenal ngn kak Chik...

i will miss u sis...

p/s: sory kak Chik alid amek gamba kat fb kak Chik...  =)

Wednesday, December 8, 2010

Photoaddict contest...


tadi aku g jalan-jalan petang sambil ambil angin kipas yang sepoi-sepoi bahasa kat dalam bilik ni...tiba-tiba aku tertarik dengan satu blog ni...die buat satu pertandingan, macam best jek sebab melibatkan gambar...so aku pun saja-sajalah nak try korang boley tengok kat SINI...


Kenapa aku suka dengan gambar ni, sebabnya gambar ni menampakkan aku sedang sangat-sangat bahagia dan gembira...sebabnya masa ni kawan-kawan aku merealisasikan impian aku untuk bermain layang-layang di kampus...walaupun hujan renyai-renyai waktu tu, kawan-kawan aku tetap teman aku main layang-layang walaupun layang-layang tu tak terbang pun...gambar ni jugak sangat-sangat colourful sebab adanya layang-layang tuh...seindah hidup aku yang penuh dengan gelak tawa dan mereka yang menyayangi dan menghargai diri ini... =)

nak tag

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah


Selamat Menyambut Maal Hijrah ke 1432...
Semoga tahun baru yang tiba ini akan membawa sinar dalam hidup...
Diharapkan juga tahun baru ni akan membawa seribu makna dalam hidup...
Insyaallah...

Sunday, December 5, 2010

Barakallahulakum Kak Yana...

Semalam alid pergi kenduri dekat umah kak Yana...Kak Yana nie satu kokurikulum dengan alid tapi kitaorang tak sama kumpulan,...yang menyebabkan kitaorang rapat sebab waktu kegiatan luar kuliah tuk JPA3, alid selalu satu kumpulan dengan kak Yana...dari sem 2 hinggalah sem 4...lagipun alid selalu mesej kak yana, sebab suka kacau die...kak Yana pulak kadang-kadang selalu suruh alid tolong kejutkan die tuk die bangun pagi-pagi tuk study...


        




ini kali pertama aku pergi kenduri kat Kedah...sangat-sangat berbeza dengan kenduri kat selangor...waktu pegi umah kak Yana, tempat makan lelaki dan perempuan diasingkan...pastu kenduri yang dibuat sangat-sangat sederhana...walaupun sederhana tapi tetap meriah...

papepun, pada Kak Yana dan suami alid ucapkan tahniah...Kak Yana, semoga menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithlahi..semoga masjid yang dibina ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...

p/s:kak Yana, pertama kali alid tengok pengantin yang tak reti duduk diam...asyik nak keluar jek..xnak duduk dalam bilik... =)

Saturday, December 4, 2010


Bangun alid...sedarlah, sampai bila kau nak terus macam ni...dah terbukti hanya kau sahaja yang jaga hati orang...hanya kau saja yang peduli pada mereka...kalau kau terus macam ni, siapa yang nak jaga hati kau...siapa yang nak jaga perasaan kau...ada mereka ambil tahu apa yang kau rasa?? ada mereka tanya adakah kau punya masalah?? dikala kau memerlukan mereka adakah mereka sudi mendengar dengan hati yang terbuka?? dengan hati yang ikhlas?? Jadi sampai bila kau mahu begini...kau perlu belajar bagaimana untuk membuat diri kau bahagia...sabarlah alid, walaupun kau sakit tuk terima kehilangan ini tapi kau kena tabah dan sabar...hati tolonglah kuat....

p/s: mereka itu patut ditukar kepada dia...

Thursday, December 2, 2010

Bermain Layang-layang

Akhirnya tercapai jugak impian aku nak main layang-layang...walaupun layang-layang tuh tak dapat terbang...sebab tali hilang...padan muka ko alid, sape suh ko ilangkan tali...walaupapepun sume tetap happening...



Muka puas hati dapat main layang-layang... =)






Kami berenam...



Karina Imran
Khalidah Atikah

Juhaida Razali

Maziana Muhamad

Samrah 
Anisa Hang Tuah

p/s: Masa bermain telah tamat khalidah...sila sambung study semula...ada lg 2 paper yg perlu dijawab...

Tuesday, November 30, 2010

Akhirnya....

Sangat-sangat gembira hari ni..bukanlah sebab menang loteri atau dapat soalan bocor exam...happy sangat-sangat sebab dapat beli layang-layang!!!

apekejadahnya ko epy+suka alid dapat beli layang-layang...sebenarnya aku dah lama nak beli layang-layang ni dan nak main kat dalam UUM...so tadi waktu teman Karina g cari ubat Healin aku pun jumpa layang-layang ni...bila nampak jek layang-layang tuh terus rasa excited...

mula-mula cam malu-malu nak ambik, pastu karina cakap belilah lid..aku pun belilah...lagipun bukannya mahal sangat pun...layang-layang tuh RM2.90 je pun...murahkan, murahkan, murahkan...aku pun cam terkejut gak...

aku cakap dengan Karina, yang aku dah lama nak main layang-layang kat UUM ni...pastu karina cakap, xpe kak nanti aku tunaikan impian ko nak main layang-layang ni kat UUM...

so mybe esok petang nak pergi main layang-layang..harap-harap tak hujanlah esok petang...ni pun sebagai salah satu cara untuk hilangkan tension jugak...

p/s: anisa, karina, jue jgn lupa ye janji kita esok petang... =)

Happy Besday Kak Deep!!!

To Kak Deep, happy Besday yang ke 25...usia hanya angka okei...sory sebab baling kak Deep dengan telur dan tepung...papepun semalam memang happening sangat-sangat...thanx kepada Ifa yang jemput aku tuk join event ni...

Okei, yang kat sebelah aku tu, Kak Cik ataw Kak Ida...die ni duduk depan bilik aku, tapi dari aku sem 2 sampailah sebelum raya haji, aku tak pernah tegur die sblm ni just senyum jek...lepas peristiwa ambil Ifa dekat Shahab barulah kitaorang bercakap...Kak Cik dah sem akhir barulah nak bergurau senda...btw, nice knowing you sis... =)



Happy Birthday Kak Deep....



Birthday kena tepung, telur, air coke, n kek...

Mereka berdua semester ni sem akhir...

p/s: thanx to my junior achik sbb pinjamkan kamera...terkilan jugak tak dapat ambil gamba guna kamera sendiri sbb ada org pinjam...papepun semuanya enjoy... =)