Saturday, June 26, 2010

Sudah Habis Baca... =)

akhirnya aku telah berjaya menghabiskan buku Salahudin Ayubi-Penakluk Jurusalem...karya Abdul Latip Talib...novel sejarah islam yang pertama dibaca...hehehe..tahniah kepada diri anda Khalidah... =)

sangat2 menarik buku ni...tak rugi beli...bila baca buku nie, aku rasa macam aku sendiri ada dlm peperangan tuh...sbb cara penulisan yg ditunjukkan sangat2 mudah difahami...tengok macam mana Salahudin ni berlari ke hulu dan ke hilir memberi semangat kepada semua anggota tenteranya...sbb tuh anggota tentera dia semuanya bersemangat untuk menentang tentera salib..

salahudin ayubi muncul setelah kesemua negarawan islam yang ulung telah wafat...waktu tulah umat islam kat seluruh dunia menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman musuh-musuh Allah...macam-macam yang dorang lakukan pada umat Islam...diperkosa, dibunuh dengan kejam dan macam-macam lagi...

tapi bila salahudin ayubi muncul keadaan tu semua berubah sama sekali...selain daripada menjadi ketua angkatan perang, salahudin juga menjadi perdana menteri di mesir...tapi yang paling aku kagum dengan salahudin ayubi ni masa dia jadi ketua angkatan perang...strategi yang digunakan sgt2 mengkagumkan...kesemua strategi yang dia gunakan berjaya...

"tentera salib itu hanya keluar apabila kita meninggalkan Baniyas. disebabkan itu kita akan membuat helah memaksa mereka keluar dari tempat persembunyian," kata Salahudin Ayubi.

"Bagaimana caranya?" tanya Panglima Muluk.

"Kita berpura-pura meninggalkan Baniyas pada waktu siang dan kembali pula pada sebelah malamnya,"jawab Salahudin Ayubi

selain strategi perang yang digunakan, satu lagi yang aku kagum dengan Salahudin Ayubi ni adalah bila dia berperang, walaupun beliau berhadapan dengan musuh yang amat kejam tapi bila Salahudin masih lagi mempunyai jiwa yang penyayang...sbbnya dia tak akan sekali-kali bunuh kanak-kanak dan wanita...dia juga tak akan bunuh tawananan...sebaliknya dia hanya mengenakan syarat kepada mereka sama ada masuk Islam ataupun membayar wang tebusan...

sebelum Salahudin Ayubi berjaya merampas kembali Baitul Maqdis daripada tentera Salib, Baitul Maqdis pernah dikuasai oleh Rom dan berjaya ditawan kembali oleh orang-orang Islam pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Khattab...kemudian pada tahun 490 Hijrah bersamaan 1099 Masihi, Baitul Maqdis dikuasai oleh tentera salib sehinggalah ianya berjaya ditawan semula oleh tentera islam dibawah pimpinan Salahudin Ayubi pada tahun 588 hijrah bersamaan dengan 1192 Masihi...

dalam banyak2 muka surat dalam buku ni, aku paling tertarik dengan muka surat 280...apa yang membuatkan aku tertarik adalah disebabkan kata Salahudin Ayubi dan rakannya...

"Apabila umat Islam bersatu, mereka kuat dan musuh tidak berani melakukan kezaliman, tetapi apabila umat islam berpecah belah, mereka ibarat buih yang banyak tetapi lemah,"

"Rasulullah pernah berdoa tiga perkara. pertama, umat Islam tidak dihapuskan dari muka bumi dan doa itu diterima Allah...kedua, umat Islam tidak mati kelaparan dan doa itu juga dimakbulkan Allah...doa yang ketiga pula Rasulullah berdoa supaya umat Islam tidak berpecah belah...tetapi doa tersebut tidak dimakbulkan oleh Allah...kerana Allah hendak menguji siapa antara umat Islam yang kuat imannya..."


bila aku fikir balik tentang dua ayat kat atas neh...mmg banyak kebenarannya bila diaplikasikan kat zaman sekarang neh...byk benda yang tlh berlaku...byk peperangan...senang tengok sahaja apa yang berlaku di Palestin...aku pun tak naklah ulas lebih pasal apa yang berlaku dalam dunia sekarang ni...sbbnya aku ni pun tak sempurna...byk kekurangan yang ada...msh byk lg kekhilafan pd diri ini...sbbnya aku masih lg mencari sesuatu yang hilang....

apa-apa pun buku nie memang best...aku rasa nak pergi cari novel sejarah islam yang lain pula...macam Abu Ubaidah, khalid al walid dan byk lagi...lebih2 lg buku penulisan Abdul Latip Talib neh...

p/s: ayat memang tunggang langgang sbb main tulis je...lg satu kalo korang yg membaca perasan aku tulis tak banyak ayat singkatan..sbbnya aku memang mcm tu..bila menaip secara automatik aku akan menulis dengan penuh...huhu... =)


Thursday, June 24, 2010

Credit to Anisa Hang Tuah

thanz anis sbb bg aku resepi kek batik...walaupun boley jek google, tapi bese r aku an mals...lgpn da alang-alang smlm chat ngn anis, minta jelah resepi...

pagi-pagi tadi, tak adalah pagi sangat sebenarnya...aku pergi bayar bil streamyx ngn bil air umah aku...pastu alang-alang aku nak pergi byr bil kat tm tuh, mama suruh aku pergi beli barang basah jap..nasib baiklah Tesco tuh dpn umah aku jek...aku beli sekalilah bahan2 nak buat kek batik tuh...

sampai umah, ilex jap...main ngn budak2 yg mama jaga neh...pastu masuk dapur start buat kek batik neh...ingat an lama r nak buat...upe-upenya tak adalah lama sangat...sekejap jek buat kek neh...masukkan dalam ice box...pastu apa lagi MAKAN....


macam nilah rupa kek batik yang telah siap...
dulu aku ingat susah nk buat kek ni...
rupa-rupanya senang jek...
thanx anisa...
=)

Wednesday, June 23, 2010

Keluar Lagi... =)

Best sgt2 hari ni...sbb dpt keluar dengan my luvly teacher..best sbb dpt buli die balik...hehehe...da dkt setahun jugaklah tak jumpa die...lastly dpt gak jmp die td...lepas die abes skola baru kitaorang kua...tempat biasa yang dituju adalah Alamanda Putrajaya...

pergi makan, pastu pergi MPH...dah lama wooo, tak masuk MPH nie...lepak2 kat MPH sambil2 baca buku..just baca sambil lalu jek..pengsanlah pulak nak baca sampai habis an...byk jugalah buku-buku yg terbaru kat MPH neh...tapi kebanyakan buku yg aku tengok dengan tajuk yang menarik kebanyakannya keluaran PTS...tak kisahlah dari novel atau buku-buku ilmiah... dalam banyak2 buku aku tertarik dengan satu buku neh...buku ni keluaran PTS yang ditulis oleh Abdul Latip Talib...Abdul Latip Talib neh merupakan seorang penulis novel sejarah profilik...

aku minat SEJARAH???mesti korang cam tertanya-tanyakan...bila masa lah pulak aku minat sejarah islam neh...dulu waktu form 6 blaja memain jek..aku pun tak tahu...tiba-tiba jek aku minat buku neh..sbb cara penulisan die tak macam buku sejarah yang lain...cara penulisan die seolah-olah kita sedang membaca cerita...untuk gambarkan situasi waktu tuh, penulis Abdul Latip Talib neh die buat dialog...so tak adalah boring aku bacanya...

buku yang ditulis oleh Abdul Latip ni banyak sebenarnya, antaranya Imam Hambali, Imam Maliki, Imam Syafie-Pejuang Kebenaran, Khalid Al walid...tapi yang ada jual kat MPH tu satu jek iaitu Salahudin Ayubi-Penakluk Jerusalem...so aku pun decide nak beli buku neh...sbnrnya bukan aku yg byr...tp cikgu Lynn yg byr...hehehe...yg buat aku tertarik lagi tuk beli buku neh sbb ayat yg tertulis kat buku tuh... "sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia...Salahudin bin Ayubi" betul jugak tuh apa yg dikatakan bila kita tengok keadaan dunia skrg neh...nilah buku yg dibeli ckgu Lynn tuk aku...
crite die pasal Perang Salib...
nanti aku dah habis baca buku neh
aku ceritakan serba sedikit ceritanya...
pape pn thanx cikgu..
=)



Movie Time!!!

best hari ni kua pegi tengok wayang dengan rozein n bibik zeha (zue)... ni semuanya idea last minute rozeinlah nie tiba-tiba je ajak kua...so pas zohor kitaorang pun bergeraklah ke Jaya Jusco Cheras selatan....mula-mula aku tak tahu pun nak g tengok wayang...tiba-tiba bibik zeha neh ajak aku tengok Toy Story 3...sbbnya kat JJ Cheras nie ada 3D...rozein ngn kakak angkat die nk tengok karate kid..so kitaorang pn berpecah waktu tengok wayang tuh...

aku dengan zue g tengok Toy Story 3 versi 3D...rozein ngn kakak dia g tengok karate kid...nak tgk cite 3D neh kena pakai spek die..huhu..mmg bestlah...rasa cam aku pn jd mainan kat dlm tuh...cite tuh mmg best, tapi yg x bestnya bila org kat dpn ngn blkng neh wat bising...yg kat depan duk menggapai-gapaikan tangan...konon-konon ley peganglah woody tuh...tah pape tah...cam x pena tengok guna 3D jek...huhu...
nilah dia cite Toy Story 3 yang aku tengok
secara 3D ngan bibik Zeha...
sgt2 best..

pas abes jek cite tuh aku ngn zue g msk Jusco jap...sbb lapar dan teringin nak beli sushi so kitaorang pn glah beli sushi...sedap sbb da lama tak makan..huhu...pastu tunggu rozein lama sgt aku dengan zue glah beli makan...zue beli mihun tom yam...aku pulak makan nasi goreng tom yam..bile ngah duduk makan tuh kitaorang pandanglah sekeliling...rupa-rupanya baru kitaorang perasan yang tukang masak kat food court Jusco tuh sumenya dari 'oversea'...dah tak ada orang melayu ke nak masak...yg melayu ada tapi jaga kaunter air jek..ish2...

pas rozein kua teman dia makan pulak...pastu gerak balik..tapi sblm gerak tuh beli dulu ais krim McD...ish2 asyik makan jek...tiba-tiba rozein nak beli pretzel Auntie Anne's...zue bley r plak buat lawak kat situ...mula2 die nak kenakan rozein, last2 die yg kena balik...hehehe...ada ke nak mkn pretzel ngn straw...hehehe...zue2...rozein ingat nak g karaoke dulu sblm blk...tp zue a.k.a bibik zeha tak sabar-sabarlah pulak nak balik...sbb nak tengok cite...minah tu memang hantu cerita tul..

yg tersenyum lebar tuhlah bibik zeha a.k.a zue...
yg tgh telefon tu plak rozein...
pape pn thanx kepada rozein yg sanggup melayan
kerenah membe ko dua orang yang senget neh..
nanti lain kali kita kua lagi eh... =)

Tuesday, June 22, 2010

21 Nasihat...

tadi aku duk google...
pastu aku terjumpa bende neh...
tak tahulah mana datangnya bende neh..
tapi mungkin boleh dikongsi sebagai bahn bacaan tmbhn..

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN..
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS...
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
o Rasa hormat pada diri sendiri;
o Rasa hormat kepada orang lain;
o Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Monday, June 21, 2010

Epy Besday Mama

Hari ni besday Mama yang ke 48 tahun....
epy besday diucapkan dari anakmu yg degil neh...
smoga dipanjangkan lagi umur
dan dimurahkan rezeki...
smoga mama sihat2 selalu...

inilah my mama....
Puan Norazlina Binti Ahmad...
Mama dah 48 tahun dah...
hehehe...



mama, adik (nabil), n aku...
waktu ni dalam kabel car
nak perg naik genting highland...
mama takut waktu neh sbb gayat...
tp buat2 cool...

Sunday, June 20, 2010

PENAT a.k.a TIRED

PENAT a.k.a TIRED
itulah yang aku rasa hari ini
dari pukul 2 sampailah malam aku keluar...
tapi bukan keluar dengan boyfriend (bukannya ada bf pn a.k.a single) atau kwn2...
tapi hari ni aku keluar dengan
family aku...
kitaorang semua pegi menghabiskan duit kat nilai 3...
hehehe...

aku tak adalah xcted sgt nak pergi membeli belah ni...
sje je keluar sebab boring duduk umah...
mama pun tak beli byk sgt barang...
sebab utama g nilai 3 tuk teman nenek beli barang jek...
byk jugak yang nenek beli
...
macam-macam yang dibelinya..
kain batik, telekung, kain langsir, macam-macam lagilah...

aku beli apa??
aku tak beli apa-apa pn...
sebab tak ada duit..huhu..
tp adalah sikit2 yg dpt aku beli..
tu pun bukannya guna duit aku...hehehe..
nenek yang tanya aku tak nak apa-
apa ke??
aku pun apalagi cepat jek pegi cari yang berkenan dihati...
yelah alang-alan
g orang nk belanja...
hehehe...

nilah rupanya nilai 3...
nasib baik waktu aku pegi x ramai org...
mngkin sbb esk nk skola so sume sibuk
nk anta anak blk asrama...

lepas habis shopping,
aku dengan family aku g balik kampung...
ialah nak hantar nenek aku balik kg...
sampai je kat kampung
aku bergurau senda dulu dengan sepupu aku...
sepupu aku semuanya kecik2 lg...
sbb aku cucu yg pertama..
best buli budak kecik neh..

nilah budak kecik yg nakal...
nama dia Muhamad Nasrul Haqeam...
dia rapat ngn family aku...
sebab dulu waktu dia kecik mak aku yg jaga dia..

pas puas membuli perut laparlah pulak...
so apalagi aku pun pergilah dapur...
bila masuk je dapur tengok-tengok adik aku sedang
bangga membuka durian
apalagi aku pun cepat-cepat makan nasi
pastu makan
durian sebagai dessert...
pergh!!!
memang masyuk r...

pas makan, borak2 jap...
ayah pun ajak balik...
elok je sampai umah aku da penat...
pe lagi g mnd...
buka facebook jap, pastu ngarut lam blog neh...

aku da ngantuk neh...
nak tido...
bubye sume...
=)

Happy Ayah Day's


Selamat Hari Bapa ataupun Happy Father's Day diucapkan pada ayah aku Encik Mohd Khair Bin Mohd Pardi...terima kasih untuk segalanya ayah..ayahlah insan terhebat dalam diri ini...ayah sanggup berhujan berpanas semata-mata untuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga...terima kasih sebab menghulurkan wang ringgit dikala anakmu ini dah kehabisan duit di hujung semester walaupun tahu yang ayah pun tak ada duit...

terima kasih untuk semua semangat yang ayah bagi...terima kasih tuk semua nasihat dan teguran yang ayah berikan walaupun anakmu ini kadang-kadang buat bodoh jek..terima kasih tuk segala kesabaran ayah mendidik anak-anakmu yang degil ini...

maaf sebab tak ada kek ataupun kad ucapan sebab anak-anakmu tengah kekeringan duit...hehehe..hanya kata-kata terima kasih yang mampu diucapkan kepada ayah...pape pn Happy Ayah Day!!! Kami semua sayag ayah... =)

Saturday, June 19, 2010

Blog Baru Lagi


Selamat datang ke dunia blog kembali cik Khalidah Atikah...
sebenarnya sebelum ni aku dah pernah buat blog..
tapi sebab cemburu bila tengok kawan-kawan semua ada blog...
blog yang terbaru ni aku namakan Senyum Tawa Tangis Marah...
sebabnya blog ni akan menjadi tempat untuk aku meluahkan segalanya...
tak kisahlah melalui penulisan ataupun gambar..
aku harap blog ni akan kekallah tak macam blog-blog yang lain...
Insyaallah...