Sunday, March 20, 2011

Hati

Bersabarlah wahai hati
Tabahlah wahai hati
kuatlah wahai hati
untuk menempuhi segala dugaan 
yang bakal kau jalani
berdoalah hati agar 
segala kesusahan
segala keperitan
segala jerih yang kau lalui
akan ada sinarnya 
akan ada balasannya

pekakkan telingamu wahai hati
butakan matamu wahai hati
jangan pedulikan 
mereka mereka yang cuba menganggumu
mereka mereka yang cuba menjatuhkanmu 
teruskan perjalananmu dan bangun
walaupun air mata menjadi peneman setiamu

KUATLAH WAHAI HATI!!!


Monday, March 7, 2011

I'm so sory

Pencil: I'm sorry....

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry coz you get hurt bcoz of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Eventhough one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. 

p/s: if you can't be a pencil to write someone happiness, 
try to be a rubber to erase their sorrows...


=)



Maaf

Maaf untuk segala kekhilafan
maaf untuk segala kekurangan
maaf untuk segala keterlanjuran
maaf untuk segala kekasaran...

Maaf kerana menyakitkan
maaf kerana tidak sempurna
maaf kerana berlaku tidak adil
maaf kerana tidak mampu membahagiakan...

Maaf untuk segala-galanya
diri ini hanyalah manusia biasa yang masih belajar
untuk berdiri untuk bertatih
masih lagi belum kuat tuk merangkak seorang diri...

Selagi diri ini masih lagi bernafas
selagi diri ini masih lagi mampu
diri ini akan cuba membahagiakan hati hati yang disayangi
diri ini akan cuba untuk tidak menyakitkan hati hati yang disayangi
diri ini akan menjaga diri hati hati yang disayangi
diri ini akan mendengar dengan setia untuk hati hati yang disayangi
diri ini tidak akan mensia siakan hati hati yang disayangi...

Namun diri ini juga punya hati
diri ini juga punya perasaan
andai diri ini ada mengguris hati hati yang disayangi
maafkanlah diri ini
andai diri ini ada terlepas kata yang tidak sepatutnya
ampunkanlah diri ini
andai diri ini sering melakukan kesalahan
tegurlah diri ini...

Kerana diri ini adalah manusia biasa
yang penuh dengan khilaf dan dosa
yang masih belajar mengenai erti kehidupan...


Sunday, March 6, 2011

Malam Anugerah Festival Filem & Video Pelajar Malaysia Kali Ke 8

Sangat happening
sebabnya pegi ngan membe membe
tapi apa yang lagi happening
bila aku dapat peluang 
shoot betul-betul depan pentas...

memang satu pengalaman yang sangat berharga
aku pun tak sangka yang aku akan berani nak shoot
sampai depan pentas...

antara artis yang hadir
iqram dinzly, adi putra, julie ziegler
sharnaz, dan pelakon filem Ratu The Movie...

malas nak cakap banyak
tengok je gamba yang diambil ni...

sebelum tu nak say thanx kat semua 
kawan-kawan
especially norma yang meminjamkan baju yang cantik pada aku
anis yang memakaikan tudung
karina yang tolong make up
akak sayang wan nor yang tolong touch up make up...
















p/s: tahniah kepada semua pemenang...



=)

Saturday, March 5, 2011

Aku keseorangan disini
bertatih tuk berjalan
merangkak perlahan untuk terus bangun
menyelusuri segalanya

Dengan pelbagai perasaan
takut tuk jatuh
takut tuk melihat
takut tuk disakiti
takut tuk menghadapi cabaran

Namun semua itu itu perlu aku tangkis
semua itu harus aku persetankan
semua itu harus aku endahkan
demi untuk aku terus bangun dan berjaya

Walaupun banyak halangan yang tiba
walaupun pelbagai cacian yang diterima
walaupun pelbagaian makian yang diucapkan
walaupun ramai yang cuba menjatuhkan

Namun aku harus kuat dan tabah
walaupun payah tuk melangkah
walaupun hati sering disakiti
walaupun air mata tidak henti mengalir

Namun aku harus terus melangkah
melangkah untuk membuktikan 
yang aku mampu untuk berdiri sendiri
yang aku mampu untuk mengejar impian...



=)

Thursday, March 3, 2011

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”


p/s: Ya mmg benar saya pernah jatuh hati pada awak...
Tetapi kini tidak lagi...

Tuesday, March 1, 2011

Mac sudah datang

Selamat tinggal februari
yang penuh dengan tawa
yang penuh dengan senyum
yang penuh dengan tangis
yang penuh dengan kenangan...

Selamat datang Mac
mungkin penuh dengan kegembiraan
mungkin penuh dengan senyuman
mungkin penuh dengan tawa
mungkin juga penuh dengan tekanan
mungkin juga penuh dengan tangisan...
Namun,
apa yang penting
aku berharap kedatangan Mac 
akan membawa perkhabaran gembira
akan meninggalkan kenangan yang indah


p/s: semoga semuanya baik-baik sahaja...
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan
untuk menghadapi segalanya...


=)