Thursday, February 24, 2011

Congratz!!! Tahniah!!!

Akhirnya tahniah kepada semua senior saya
19 Feb lalu konvo juga mereka akhirnya
konvo dorang ni special sikit
konvo kali kedua sebab
yang kali pertama tak jadi
disebabkan banjir....

walaupun ada yang tak ada
tapi alhamdulillah 
semuanya tetap berjalan dengan lancar...
semuanya tetap maintain cantik 
dan gembira....

tengok jelah gambar kat bawah ni...




















p/s: tahniah sekali lagi ye kakak dan abang semua...


=)

Wednesday, February 16, 2011

Mr. Green n Ms. D

Akhirnya tercapai jugak hasrat aku
tah apa mimpi tah 
tiba-tiba sem akhir nak ada
Mr Green n Ms D...

Sanggup drive carik kat jitra
bila kedai lain tutup sedey gila
pastu sanggup pegi carik kat kedai lain

Tapi akhirnya berjaya jugak
aku memiliki Mr Green n Ms. D

Inilah Mr Green n Ms. D saya!!!




p/s: akhirnya dapat juga bela kura-kura ni...


=)

Main masak-masak

Semalam adik-adik aku kat sini
tiba-tiba wat request nak makan nasi goreng
tapi yg masaknya akulah
huhuhu....

disebabkan semalam diorang keluar
menghabiskan duit yang banyak
so aku suruh diaorang beli bahan-bahannya
sepanjang proses nak siapkan nais goreng tuh
penat sungguh aku melayan si Aini ngn Bella
macam-macam peel yang kua bila dorang lapar
lebih-lebih lagi aini...

memang mencabar masak nasi goreng kat sini
ialah masaknya bukan kat atas dapur
masak dalam kuali
tapi kitaorang masak dekat dalam periuk nasi
nasi yang dimasaknya pulak bukan sikit
tapi gila punya banyak

bila time makan tu
rasa sayu jek tengok dorang
walaupun dorang duk ketawa tak habis-habis
sebabnya aku terfikir nanti mesti aku
akan rindukan dorang lepas ni
takpelah yang penting aku dah dapat 
gembirakan dorang

Nilah rupa nasi yang dimasak dalam periuk nasi.
ringkas jek nama pun nasi goreng bujang...

Agak besar bekas dan agak banyak nasi
yang dimasak...

Pencuci mulutnya donut
tapi bukan Dunkin Donut ataupun
Big Apple ye
kat Sintok ni jgn berangan nak dpt makan
Big Apple, kena pegi Mergong
So Nash Donut pun jadilah....

p/s: hanya gambar makanan saja yang ditunjukkan, 
gambar-gambar insan kelaparan tidak 
dapat dipaparkan atas sebab-sebab
tertentu...hehehehe...


=)

Sunday, February 13, 2011

Mari buat tag

Telah ditag oleh Adilah Syazwani
Oh, sangat malas sebenarnya nak buat tag ni
tapi disebabkan ngah boring so mari kita buat...

1) Apa benda yang penting dalam hidup korang
ermm apa ek...

- my phone (especially celcom no)
-my lappy
-my dslr a.k.a mr.tapir
-my external a.k.a mr red
-dompet yg dlmnya ada mcm2 benda (paling
penting duit, kad matrik, ic and so on)


2) Benda terakhir yang korang beli guna duit korang

-tadi last guna duit sendiri beli 
nasi untuk lunch


3)Di manakah korang akan melangsungkan perkahwinan korang
dan apakah temanya nanti?

-tak fikir pun lagi...tapi rasanya kat rumah...
tema pun tak terfikir lagi...


4) Adakah korang sedang bercinta sekarang?

-secara jujurnya saya masih lagi single,
calon pun tak ada lagi...


5) Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang

-Kalau ada mestilah akan mencintainya
untuk selama-lamanya


6) Novel / buku / majalah terakhir yang dibeli?

-Penggoda & Penggodam rOeWyo
-Cinta tiga segi aOteArOa


7) Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam 
hidup korang?

-no komen / biarlah rahsia (bajet popular jek)


8) Adakah korang basuh baju korang sendiri?

-Yups, starting sem ni tiba-tiba rajin basuh sendiri


9) Di mana tempat yang betul-betul korang nak pergi?

-Makkah (insyaallah)
-Australia (sbb nak tgk koala ngn kanggaru)
-New Zealand (sbb tmptnya msh hijau)


10) 5 lagu yang paling suka dan selalu dengar

- Give me some sunshine~~3 Idiots
-Count on me~~Bruno Mars
-Firework~~Kate Perry
-Perpisahan ini~~1st edition feat Aizat
-Just the way you are~~Bruno Mars


11) 5 blogger yang korang nak tag

-sape-sape jelah yang baca blog ni (mcm ada 
orang yang baca blog neh)


=)


Saturday, February 12, 2011

Pertemuan yang dirancang

Setelah berkali-kali merancang
tapi asyik tak jadi je
akhirnya semalam kitaorang telah berjumpa

terima kasih adilah syazwani
kerana sudi nak berjumpa dengan akak
baru first jumpa terus buat kerja gila
dari KL Sentral ke Mid Valley
pastu dalam masa tak sampai setengah jam
kitaorang decide nak g kajang
lepak kat kajang pun tak lama
just around 1 jam cmtu jek
then balik ikut haluan masing-masing
sebab aku pun kejar masa
malam tu nak bergerak balik ke kedah...



Sebenarnya dyla nie adalah girlfriend adik aku



Yeah, it was a happy day for both of us



=)

Friday, February 11, 2011

Berat Hati...

Pukul 11 malam aku akan berangkat pulang ke Kedah
menyambung kembali perjuangan
berjuang mengejar kelas
berjuang menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan
menghabiskan sisa terakhir di bumi Sintok

Namun disudut terdalam hati ini
terasa berat untuk melangkah pergi
berat kerana selepas ini akan menghabiskan sisa terakhir disana
menghabiskan sisa suka dan duka
berusaha untuk meninggalkan kenangan terindah untuk mereka

Selepas ini perjuangan akan menjadi lebih sukar
pasti akan lebih banyak dugaan dan cubaan yang akan tiba
pasti banyak air mata akan jatuh dari mata ini
tapi akan aku cuba lalui semuanya dengan tabah

Bila mengingati akan insan-insan
yang rapat dalam hidup ini disana
insan-insan yang sentiasa menceriakan hidup ini
hati ini berasa berat
berat untuk melihat mereka sedih pabila 
munculnya hari itu
berat untuk melihat perpisahan
apabila tibanya hari itu

Ya, aku manusia yang keras luarannya
tetapi didalam hati punyai serapuh-rapuhnya perasaan

Namun apa yang diharapkan
semuanya akan mampu tuk aku harungi
semuanya akan baik-baik sahaja
mengharapkan semuanya akan indah walau akan terpalit duka
mengharap agar aku mampu membahagiakan setiap dari 
mereka sebelum tibanya detik itu
mengharapkan aku mampu menyelesaikan semuanya 
sebelum tibanya waktu itu

Aku hanya mampu berdoa dan merancang
namun Allah yang menentukannya
moga segalanya terlaksana
kerana aku tidak mahu ada kenangan pahit 
yang perlu diingati oleh mereka 
pabila aku tiada disitu lagi.....

p/s: Tiada gambar atau senyuman kali ini kerana segala-galanya 
sukar untuk aku ingati untuk kali ini....





Thursday, February 10, 2011

Thanx Akak!!!

Thanks a lot to my sister
Kak Diana
sbb sudi lunch dengan saya...

Happy sangat-sangat sebab
dah lama tak jumpa

Sorylah kalau akak rasa 
kena buli
hehehe
tapi mmg best pun buli akak...

Lain kali kalau makan 
jangan banyak ketawa taw
nanti makan tak habis
pastu makan jangan main-main
hahaha...

By the way kak
thanx for the treat
nanti kalau ada rezeki kita 
hang out plak ek...

Keje elok-elok
jangan cengelat jek
taw r 'suke' keje kat situ...

Take care kakak
miss n luv u always....




p/s: kakak kita amek pic kat fb akak
nak masukkan pic yg kita tngkp
nnt akak segan lak...


=)

Friday, February 4, 2011

Nickname =)

Hari ni agak boring
tak tahu nak buat apa
so blogwalking je kejenya rinie
so bila baca blog kawan-kawan ni
tiba-tiba nak tulis one entry about my name
sebab menarik pulak rasanya bila baca entry dorang pasal nama ni...

okei nama aku yang sebenarnya adalah
KHALIDAH ATIKAH BINTI MOHD KHAIR
tapi semakin ramai orang aku berkawan semakin byk nickname yang muncul
jom tengok nickname yang diberi tuk aku....



Khalid
diketahui umum yang ni nama lelaki
tapi sejak darjah 4 kwn-kwn ak panggil aku dgn panggilan ni
aku pun tak tahu
tapi aku layankan aje

Alid
singkatan dari nama Khalid
nama ni muncul waktu aku form 6
alasan dorang tak nak aku nampak cam lelaki
kalo panggil alid nampak sikit cam ladies
nama ni sampai kat uum orang panggil

Kak Alid
sudah semestinya panggilan ni dari
adik-adik junior aku

Kay
nama ni mula wujud bila Kak Mush panggil
sbb dia kata nama Khalidah tu panjang sgt
lepas aku masuk UUM kak ain pulak pnggil aku ngn nama ni
kemudian anis dan diikuti kawan2 majoring aku
honestly aku suka n selesa bila dipanggil ngn nama ni
aku pun tak tahu kenapa
mungkin sebab ringkas kot

Ida
nama ni terkeluar bila ustazah ak panggil aku
da namanya pun ustazah mstilah die nak pnggl nama 
yang nampak cam perempuankan
tapi nasib baik die sorang jek yg pnggl cam tu
Ustazah siti fairuzah a.k.a kak ayang

Ika
nama ni sejak dari aku kecil lagi
yang panggil ni hanyalah sedara mara
dan makcik serta pakcik jek
senang kata nama ni hanya untuk keluarga jek
kiranya nama Atikah hanya khas untuk family

Adik
ada jugak yang nak panggil aku adik
walaupun aku anak sulung
yang panggil aku adik adalah kakak aku
bukanlah kakak betul
tapi orang yang aku anggap kakak
adalah dalam 2 dan 3 orang jugak yang panggil aku adik

Kak Long
ni adik-adik aku dan sepupu yang paling rapat
dengan aku panggil aku dengan panggilan ni
sebabnya mudah aku adalah anak sulung
dan cucu sulung sebelah mak aku


walau berapa banyak nickname aku
aku tetap aku yang sama
pemilik nama 
KHALIDAH ATIKAH
yang membawa maksud
Yang Kekal Mulia...



=)

Aku tak mampu tuk jadi kejam

Aku tak mampu nak jadi kejam
aku tak mampu tuk jadi jahat
aku tak mampu nak balas balik apa 
yg orang dah buat kat aku
aku tak mampu nak jadi pendendam


Walaupun aku cuba sakitkan hati orang
tapi dalam pada masa yang sebenarnya
aku juga sakit
sebab aku tak sanggup nak buat orang macam tu

Aku akui yang aku pernah cuba sakiti orang
aku mampu untuk sakiti mereka
tapi hanya dalam masa yang sekejap
tapi hanya bila mereka tiada didepan aku
bila mereka muncul dihadapan aku
bila mereka ada dihadapan aku
aku tak mampu tuk terus berlaku kejam lagi pada mereka



Aku tak boleh tuk terus menipu diri aku sendiri
aku tak boleh terus berlakon yang aku mampu menjadi kejam
walaupun orang buat aku sakit
walaupun orang buat aku menitiskan air mata
walaupun orang buat aku menderita
tapi aku tidak mampu tuk menjadi kejam
tidak mampu menjadia pendendam
tidak mampu tuk jadi jahat

sebabnya mudah sahaja
menjadi kejam
menjadi pendendam
menjadi jahat
bukanlah aku........

Thursday, February 3, 2011

Window Shopping =)

Hoyeih!!!!
td petang baru jek lepas window shopping...
window shopping kat alamanda putrajaya je...
ingatkan tak banyak kedai yang buka...
ialah sebab hari ni Chinese New Year...
tap rupanya banyak kedai yang bukak...

orang pulak punya ramai kat alamanda tuh...
sampai nak makan pun kena tunggu turn...
aku pegi sana tak beli apa-apa pun...
just cuci mata ngan ambil gamba jek...
yang lebihnya kakak sedara aku...
die shopping sakan...
tu yang best bila orang dah bekerja neh...








Tak ada apa yang aku beli melainkan ini!!
wajib ada kalau kua g shopping...


=)