Saturday, June 26, 2010

Sudah Habis Baca... =)

akhirnya aku telah berjaya menghabiskan buku Salahudin Ayubi-Penakluk Jurusalem...karya Abdul Latip Talib...novel sejarah islam yang pertama dibaca...hehehe..tahniah kepada diri anda Khalidah... =)

sangat2 menarik buku ni...tak rugi beli...bila baca buku nie, aku rasa macam aku sendiri ada dlm peperangan tuh...sbb cara penulisan yg ditunjukkan sangat2 mudah difahami...tengok macam mana Salahudin ni berlari ke hulu dan ke hilir memberi semangat kepada semua anggota tenteranya...sbb tuh anggota tentera dia semuanya bersemangat untuk menentang tentera salib..

salahudin ayubi muncul setelah kesemua negarawan islam yang ulung telah wafat...waktu tulah umat islam kat seluruh dunia menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman musuh-musuh Allah...macam-macam yang dorang lakukan pada umat Islam...diperkosa, dibunuh dengan kejam dan macam-macam lagi...

tapi bila salahudin ayubi muncul keadaan tu semua berubah sama sekali...selain daripada menjadi ketua angkatan perang, salahudin juga menjadi perdana menteri di mesir...tapi yang paling aku kagum dengan salahudin ayubi ni masa dia jadi ketua angkatan perang...strategi yang digunakan sgt2 mengkagumkan...kesemua strategi yang dia gunakan berjaya...

"tentera salib itu hanya keluar apabila kita meninggalkan Baniyas. disebabkan itu kita akan membuat helah memaksa mereka keluar dari tempat persembunyian," kata Salahudin Ayubi.

"Bagaimana caranya?" tanya Panglima Muluk.

"Kita berpura-pura meninggalkan Baniyas pada waktu siang dan kembali pula pada sebelah malamnya,"jawab Salahudin Ayubi

selain strategi perang yang digunakan, satu lagi yang aku kagum dengan Salahudin Ayubi ni adalah bila dia berperang, walaupun beliau berhadapan dengan musuh yang amat kejam tapi bila Salahudin masih lagi mempunyai jiwa yang penyayang...sbbnya dia tak akan sekali-kali bunuh kanak-kanak dan wanita...dia juga tak akan bunuh tawananan...sebaliknya dia hanya mengenakan syarat kepada mereka sama ada masuk Islam ataupun membayar wang tebusan...

sebelum Salahudin Ayubi berjaya merampas kembali Baitul Maqdis daripada tentera Salib, Baitul Maqdis pernah dikuasai oleh Rom dan berjaya ditawan kembali oleh orang-orang Islam pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Khattab...kemudian pada tahun 490 Hijrah bersamaan 1099 Masihi, Baitul Maqdis dikuasai oleh tentera salib sehinggalah ianya berjaya ditawan semula oleh tentera islam dibawah pimpinan Salahudin Ayubi pada tahun 588 hijrah bersamaan dengan 1192 Masihi...

dalam banyak2 muka surat dalam buku ni, aku paling tertarik dengan muka surat 280...apa yang membuatkan aku tertarik adalah disebabkan kata Salahudin Ayubi dan rakannya...

"Apabila umat Islam bersatu, mereka kuat dan musuh tidak berani melakukan kezaliman, tetapi apabila umat islam berpecah belah, mereka ibarat buih yang banyak tetapi lemah,"

"Rasulullah pernah berdoa tiga perkara. pertama, umat Islam tidak dihapuskan dari muka bumi dan doa itu diterima Allah...kedua, umat Islam tidak mati kelaparan dan doa itu juga dimakbulkan Allah...doa yang ketiga pula Rasulullah berdoa supaya umat Islam tidak berpecah belah...tetapi doa tersebut tidak dimakbulkan oleh Allah...kerana Allah hendak menguji siapa antara umat Islam yang kuat imannya..."


bila aku fikir balik tentang dua ayat kat atas neh...mmg banyak kebenarannya bila diaplikasikan kat zaman sekarang neh...byk benda yang tlh berlaku...byk peperangan...senang tengok sahaja apa yang berlaku di Palestin...aku pun tak naklah ulas lebih pasal apa yang berlaku dalam dunia sekarang ni...sbbnya aku ni pun tak sempurna...byk kekurangan yang ada...msh byk lg kekhilafan pd diri ini...sbbnya aku masih lg mencari sesuatu yang hilang....

apa-apa pun buku nie memang best...aku rasa nak pergi cari novel sejarah islam yang lain pula...macam Abu Ubaidah, khalid al walid dan byk lagi...lebih2 lg buku penulisan Abdul Latip Talib neh...

p/s: ayat memang tunggang langgang sbb main tulis je...lg satu kalo korang yg membaca perasan aku tulis tak banyak ayat singkatan..sbbnya aku memang mcm tu..bila menaip secara automatik aku akan menulis dengan penuh...huhu... =)


7 comments:

Anonymous said...

strategi font besar tp salah eja..kikikiki...xpe2..
wei ape yg rugi ko xbeli??tu bkn ko byr kot..hahhaha
wua mau pinjam..mcm syok je..ak ske bab2 sejarah Islam ni

Khalidah Khair said...

bia r...ak terlalu excited menulis tuh..hehehe..mmg r bkn ak yg byr..tp kalo ak yg byr pn x rugi gak beli...bkn mcm mmg syok pun..hehehe...ko beli sendiri.. =p

Anonymous said...

tlalu xcited??hahhaa..muntah

Khalidah Khair said...

senget r ko...ko neh siput btl..

Anonymous said...

da abis bace buku anda tu...
hehehehhehe...bes

Khalidah Khair said...

hahaha...best an..ak ingat nak cari tajuk lain plak...hehehe.. =)

Anonymous said...

bgus2...ak pn nk cr jgak la..pastu kite tuka2..ehheeh