Wednesday, August 18, 2010

Aku juga punya hati....

aku hanyalah seorang perempuan yang sama dengan yang lain...ingin disayangi dan dimiliki...tapi aku susah nak jatuh cinta pada seseorang...sekali aku sudah jatuh cinta agak sukar untuk aku melupakan...tapi mungkin da memang takdir yang tertulis, aku akan jatuh pada orang yang hanya hadir dalam hidup aku ketika mereka kesunyian...ketika mereka memerlukan seseorang untuk bercerita...tapi bila mereka telah berjumpa dengan orang yang mereka rasakan
sesuai mereka akan pergi meninggalkan aku yang berharap...
hei lelaki!!! boleh tak kalau kau tak berikan harapan palsu kepada perempuan...boleh tak kalau kau jangan keluarkan ayat2 manis kau tu bila kau tak inginkan perempuan tu...sedarlah lelaki yang hati wanita ni lembut...wanita ini mudah terasa apabila seorang lelaki itu mengambil berat akan diri mereka...jika lelaki itu mengeluarkan kata-kata manis yang sepatutnya dikeluarkan oleh kekasih bukannya kawan atau sahabat...aku dah rasa muak dengan kau...kau bagi aku bagaikan syaitan yang bertopengkan manusia...mereka semua mengatakan kaulah yang terbaik, tetapi tidak bagi aku...maafkan aku wahai kamu...

aku tahu yang aku ini tidak sesempurna wanita yang lain..aku akui yang aku berbeza dari mereka yang lain...tetapi aku tetap sama dengan mereka kerana aku juga punya hati dan perasaan untuk disayangi dan menyayangi...jangan kau tanya kenapa aku tidak lagi seperti dahulu...sebabnya soalan itu perlu kau tanya pada diri kau sendiri...

sekarang ni jika aku mendengar lagu, semua lagu itu seolah-olah ditujukan kepada diriku...semua liriknya bagaikan kena dengan diri dan situasi aku...akhirnya aku sedar semua lagu tersebut sama kerana liriknya ditulis oleh insan yang mungkin juga sama dengan diriku...

jika rakan-rakanku bertanya adakah aku masih lagi menyayangi dan mengingati lelaki itu dalam hidup aku...YA!!! aku masih lagi menyayangi dan mengingatinya..mana mungkin aku dapat melupakan dia kerana dia juga kawanku...tapi yang pasti aku sedang berusaha membuangnya jauh dari sudut hatiku...

3 comments:

aNiSa hANg tUaH said...

seperti yg aku agak.
memang susah nak lupakan

sabar yer..
aku ade (:

kite masih sama kerana ounyai perasaan

@re-j!m said...

1st love ke cik khalidah oi??
disaat cinta pertama itu datang,
ia tidak mudah tuk pergi..

:P

perindu_خلافة said...

mungkin yang dah berlalu pergi tu bukan pilihan terbaik yang kita ada, pasti ada pengganti yang lebih baik dari-Nya untuk kita.. berdoa utk mendapat MardhatiLlah ^_^