Tuesday, September 7, 2010

Terima Kasih Kerana Memaafkan Saya...

entry ini saya tujukan kepada kamu....walaupun saya tahu kamu tidak membacanya...terima kasih sebab kamu telah memaafkan semua kesalahan saya yang pernah saya lakukan terhadap kamu...memang amat berat kesalahan saya...meninggalkan kamu ketika kamu masih menyayangi saya...

disebabkan saya, kamu tidak lagi berhubung dengan kesemua kawan-kawan saya yang juga merupakan kawan-kawan kamu...disebabkan saya, mereka semua mengatakan kamu telah sombong dan tidak mengingati mereka sebagai kawan...disebabkan saya, mereka semua membenci kamu...

kamu, dalam hati saya ada sesuatu yang saya pendamkan selama ini...selama hampir empat tahun saya pendamkan dari kamu...akhirnya 5 september yang lalu saya punya kekuatan untuk memberitahu kamu...walaupun bukan melalui kata-kata tetapi tulisan tetapi saya berharap sangat agar kamu dapat memahaminya...

apabila apa yang saya ingin beritahu kamu itu terluah, saya berasa amat tenang walaupun sebelum itu perasaan saya bercampur baur...saya berasa seperti ingin menarik semula apa yang saya luahkan kepada kamu...

saya tidak tahu apakah disebabkan saya telah meluahkan apa yang terpendam itu menyebabkan hati kamu terbuka semula untuk menghubungi kawan-kawan saya...saya tidak tahu adakah disebabkan itu kamu sudi untuk keluar berjumpa dengan kami semua...namun, jauh disudut hati saya, saya amat bersyukur kerana kamu masih sudi lagi berkawan dengan kami...

kamu, kalau kamu hendak tahu saya telah mendapat balasan atas apa yang telah saya lakukan kepada kamu...dua kali saya dikecewakan...dua kali saya dipermainkan...tetapi kamu, sepanjang saya berkawan dengan mereka, hati saya tetap pada kamu...saya tetap merindui kamu..

kamu terima kasih kerana selama ini kamu telah banyak mengajar saya...kamu telah mengajar saya mengenai erti penantian...kamu telah mengajar saya mengenai erti kesetiaan...kamu telah mengajar saya mengenai erti kesabaran...kamu telah mengajar saya mengenai erti penantian...kamu telah mengajar untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu...

terima kasih sekali lagi kepada kamu kerana telah memaafkan saya...saya tahu kamu tidak akan kembali kepada saya walaupun air mata darah yang keluar sekalipun...saya tahu kamu tidak akan cuba tuk mencintai saya tuk kali kedua disebabkan apa yang saya telah lakukan...

terima kasih juga kerana sudi memujuk saya sewaktu saya menangis semalam semasa meminta maaf dengan kamu...apa yang saya harap sekarang ini hanyalah persahabatan kamu...

kamu, mulai hari ini saya bebaskan kamu dari hati saya...tetapi untuk membuka hati saya buat lelaki yang mungkin akan mengambil masa...tetapi ini bukan salah kamu...saya doakan agar kamu akan menemui insan yang terbaik yang dapat menjaga dan menyayangi kamu dengan sebaiknya...terima kasih tuk segalanya kamu...

No comments: