Wednesday, November 9, 2011

Jarak

maaf sebab jauh dari semua
maaf sebab tak ada disisi semasa diperlukan
maaf sebab tak mampu mengelap air mata kamu
maaf sebab tak dapat menenangkan kamu dengan pelukan
maaf sebab tak mampu tuk buat kamu ketawa
maaf sebab tak dapat buat kamu tersenyum
maaf untuk semuanya kerana jarak memisahkan kita


tapi
walau bagaimanapun
diri ini akan berusaha
untuk sentiasa ada saat diperlukan
diri ini sedia untuk mendengar segala keluhan
walaupun jauh
diri ini sedia mendengar segala bebelan
walaupun jarak memisahkan
diri ini akan membantu
walaupun tidak berada di depan mata


kerana
kamu telah menjadi sebahagian daripada diri ini
jadi segala kesusahan, kebahagian, kesakitan, keperitan dan sebagainya
menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi dengan kamu
jarak bukan penghalang antara kita untuk terus rapat
jarak membuatkan kita lagi menghargai ukhwah yang terbina ini
jarak mengajar kita tentang erti kasih sayang dan kerinduan sesama insan


saya akan tetap bersama kamu
saya akan tetap menyayangi kamu
saya akan tetap merindui kamu
kerana kamu telah berada di hati ini
wahai adik dan kakak.


maaf untuk segala khilaf diri
maaf untuk segala kekurangan diri
tapi saya berjanji untuk sentiasa membuat
kamu tersenyum
dan ada di saat kamu memerlukan
insyaallah...

No comments: