Maaf untuk segala kekhilafan
maaf untuk segala kekurangan
maaf untuk segala keterlanjuran
maaf untuk segala kekasaran...
Maaf kerana menyakitkan
maaf kerana tidak sempurna
maaf kerana berlaku tidak adil
maaf kerana tidak mampu membahagiakan...
Maaf untuk segala-galanya
diri ini hanyalah manusia biasa yang masih belajar
untuk berdiri untuk bertatih
masih lagi belum kuat tuk merangkak seorang diri...
Selagi diri ini masih lagi bernafas
selagi diri ini masih lagi mampu
diri ini akan cuba membahagiakan hati hati yang disayangi
diri ini akan cuba untuk tidak menyakitkan hati hati yang disayangi
diri ini akan menjaga diri hati hati yang disayangi
diri ini akan mendengar dengan setia untuk hati hati yang disayangi
diri ini tidak akan mensia siakan hati hati yang disayangi...
Namun diri ini juga punya hati
diri ini juga punya perasaan
andai diri ini ada mengguris hati hati yang disayangi
maafkanlah diri ini
andai diri ini ada terlepas kata yang tidak sepatutnya
ampunkanlah diri ini
andai diri ini sering melakukan kesalahan
tegurlah diri ini...
Kerana diri ini adalah manusia biasa
yang penuh dengan khilaf dan dosa
yang masih belajar mengenai erti kehidupan...
No comments:
Post a Comment