Aku keseorangan disini
bertatih tuk berjalan
merangkak perlahan untuk terus bangun
menyelusuri segalanya
Dengan pelbagai perasaan
takut tuk jatuh
takut tuk melihat
takut tuk disakiti
takut tuk menghadapi cabaran
Namun semua itu itu perlu aku tangkis
semua itu harus aku persetankan
semua itu harus aku endahkan
demi untuk aku terus bangun dan berjaya
Walaupun banyak halangan yang tiba
walaupun pelbagai cacian yang diterima
walaupun pelbagaian makian yang diucapkan
walaupun ramai yang cuba menjatuhkan
Namun aku harus kuat dan tabah
walaupun payah tuk melangkah
walaupun hati sering disakiti
walaupun air mata tidak henti mengalir
Namun aku harus terus melangkah
melangkah untuk membuktikan
yang aku mampu untuk berdiri sendiri
yang aku mampu untuk mengejar impian...
=)
No comments:
Post a Comment