Saturday, April 23, 2011

HAPPY BESDAY AINI...

Happy Besday Adik
may Allah bless you
belajar rajin rajin
berkawan elok elok
jangan nakal nakal
akak sayang kamu!!!


p/s: time kasih sebab sudi jadi adik akak n sabar layan kerenah akak...

=)

Thursday, April 21, 2011

Pupus

pertemuan yang ku idam
masih belum bersua
perpisahan yang ku takutkan
hadir sudah tiada ku pinta
harapan pudar mati tuk mencari lagi
bagai lilin yang menerangi 
lalu padam jua

apalah yang mampu ku beri
agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri
tak mampu ku mendusta hati ini lagi

cinta yang tersulam tulus
ku rasakan pupus
hingga ada terluka
pada setiap bicara ku
kasih yang mengukir mesra
hilang dalam tawa
namun ingin ku semula
merasai nikmatnya

mampukah rayuanku ini
membuatkan ia kembali
setiap kemanisan cinta yang tulus dan suci
hadirkanlah sekali lagi cuma
agar bernyawa cinta semula
maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini

p/s: i) mood agak tak stabil sejak akhir akhir ni

ii) byk kenangan lama yg muncul semula


=(

Tuesday, April 19, 2011

opss!! terjatuh pulak...

fuh, fuh, fuhhhhh...
berhabuk gila blog neh...
lama sungguh blog ni tak hupdate...
pemalas sungguh cik khalidah ni...

sebenarnya byk cerita yg ingin ditulis
tapi ntahlah sumenye hanya bermain kat kepala jek
hari ni tiba-tiba jek nak merapu
mmg betul-betul merapulah blog ni
sebelum korang bosan baik tak payah baca
(macamlah ada orang baca an)

aku dah bagi amaran tapi korang nak baca juga
jadi jangan salahkan aku kalo entry ni bosan...

sebelum tu aku nak tanya korang
penah tak korang jatuh cinta 
jawapannya mestilah pernah an
tapi pernah tak korang jatuh cinta dengan lelaki yang tak tahu pun 
korang jatuh cinta dengan die
kira korang jatuh cinta dalam senyap jek
kalo korang tanya aku
ye aku pernah jatuh cinta dalam diam ni
dan aku betul-betul jatuh cinta
dalam erti kata lain syok sendiri
tapi tak kisahlah sebab aku tak kaco orang pun an

aku pun tak tahu macam mana aku boley terjatuh cinta dengan lelaki ni
hanya dengan sekali pertemuan aku dah boleh jatuh
nak kata hensem kawan-kawan aku kata takdelah hensem
nak kata baik aku pun tak kenal die
nak kata kaya pun tak jugak
cuma apa yang boleh aku katakan ada sesuatu pada diri die
yang buat aku terjatuh cinta

dan apa yang pasti 
aku pun tak tahu bila aku boley jumpa dengan dia lagi
selain daripada UUM ni besar
masa aku kat sini pun semakin singkat
segala pertemuan akan berakhir
siapa dia yang telah membuatkan aku terjatuh cinta tu
biarlah rahsia....  =)

Pencarian mencari Adam yang tercipta untukku mungkin
masih jauh lagi...

Walaupun tanpa Adam disisi aku masih lagi mampu berdiri
dan memancarkan semangatku untuk yang lain...

p/s: i) semoga saat terindah itu akan terus bersemadi

ii) pepagi buta jiwang sorang sorang  =p

iii) mendoakan yang terbaik tuk semuanya, insyaallah....

=)

Sunday, April 10, 2011

Sunday, March 20, 2011

Hati

Bersabarlah wahai hati
Tabahlah wahai hati
kuatlah wahai hati
untuk menempuhi segala dugaan 
yang bakal kau jalani
berdoalah hati agar 
segala kesusahan
segala keperitan
segala jerih yang kau lalui
akan ada sinarnya 
akan ada balasannya

pekakkan telingamu wahai hati
butakan matamu wahai hati
jangan pedulikan 
mereka mereka yang cuba menganggumu
mereka mereka yang cuba menjatuhkanmu 
teruskan perjalananmu dan bangun
walaupun air mata menjadi peneman setiamu

KUATLAH WAHAI HATI!!!


Monday, March 7, 2011

I'm so sory

Pencil: I'm sorry....

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry coz you get hurt bcoz of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Eventhough one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. 

p/s: if you can't be a pencil to write someone happiness, 
try to be a rubber to erase their sorrows...


=)



Maaf

Maaf untuk segala kekhilafan
maaf untuk segala kekurangan
maaf untuk segala keterlanjuran
maaf untuk segala kekasaran...

Maaf kerana menyakitkan
maaf kerana tidak sempurna
maaf kerana berlaku tidak adil
maaf kerana tidak mampu membahagiakan...

Maaf untuk segala-galanya
diri ini hanyalah manusia biasa yang masih belajar
untuk berdiri untuk bertatih
masih lagi belum kuat tuk merangkak seorang diri...

Selagi diri ini masih lagi bernafas
selagi diri ini masih lagi mampu
diri ini akan cuba membahagiakan hati hati yang disayangi
diri ini akan cuba untuk tidak menyakitkan hati hati yang disayangi
diri ini akan menjaga diri hati hati yang disayangi
diri ini akan mendengar dengan setia untuk hati hati yang disayangi
diri ini tidak akan mensia siakan hati hati yang disayangi...

Namun diri ini juga punya hati
diri ini juga punya perasaan
andai diri ini ada mengguris hati hati yang disayangi
maafkanlah diri ini
andai diri ini ada terlepas kata yang tidak sepatutnya
ampunkanlah diri ini
andai diri ini sering melakukan kesalahan
tegurlah diri ini...

Kerana diri ini adalah manusia biasa
yang penuh dengan khilaf dan dosa
yang masih belajar mengenai erti kehidupan...