Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

Movie Time!!!

best hari ni kua pegi tengok wayang dengan rozein n bibik zeha (zue)... ni semuanya idea last minute rozeinlah nie tiba-tiba je ajak kua...so pas zohor kitaorang pun bergeraklah ke Jaya Jusco Cheras selatan....mula-mula aku tak tahu pun nak g tengok wayang...tiba-tiba bibik zeha neh ajak aku tengok Toy Story 3...sbbnya kat JJ Cheras nie ada 3D...rozein ngn kakak angkat die nk tengok karate kid..so kitaorang pn berpecah waktu tengok wayang tuh...

aku dengan zue g tengok Toy Story 3 versi 3D...rozein ngn kakak dia g tengok karate kid...nak tgk cite 3D neh kena pakai spek die..huhu..mmg bestlah...rasa cam aku pn jd mainan kat dlm tuh...cite tuh mmg best, tapi yg x bestnya bila org kat dpn ngn blkng neh wat bising...yg kat depan duk menggapai-gapaikan tangan...konon-konon ley peganglah woody tuh...tah pape tah...cam x pena tengok guna 3D jek...huhu...
nilah dia cite Toy Story 3 yang aku tengok
secara 3D ngan bibik Zeha...
sgt2 best..

pas abes jek cite tuh aku ngn zue g msk Jusco jap...sbb lapar dan teringin nak beli sushi so kitaorang pn glah beli sushi...sedap sbb da lama tak makan..huhu...pastu tunggu rozein lama sgt aku dengan zue glah beli makan...zue beli mihun tom yam...aku pulak makan nasi goreng tom yam..bile ngah duduk makan tuh kitaorang pandanglah sekeliling...rupa-rupanya baru kitaorang perasan yang tukang masak kat food court Jusco tuh sumenya dari 'oversea'...dah tak ada orang melayu ke nak masak...yg melayu ada tapi jaga kaunter air jek..ish2...

pas rozein kua teman dia makan pulak...pastu gerak balik..tapi sblm gerak tuh beli dulu ais krim McD...ish2 asyik makan jek...tiba-tiba rozein nak beli pretzel Auntie Anne's...zue bley r plak buat lawak kat situ...mula2 die nak kenakan rozein, last2 die yg kena balik...hehehe...ada ke nak mkn pretzel ngn straw...hehehe...zue2...rozein ingat nak g karaoke dulu sblm blk...tp zue a.k.a bibik zeha tak sabar-sabarlah pulak nak balik...sbb nak tengok cite...minah tu memang hantu cerita tul..

yg tersenyum lebar tuhlah bibik zeha a.k.a zue...
yg tgh telefon tu plak rozein...
pape pn thanx kepada rozein yg sanggup melayan
kerenah membe ko dua orang yang senget neh..
nanti lain kali kita kua lagi eh... =)

Tuesday, June 22, 2010

21 Nasihat...

tadi aku duk google...
pastu aku terjumpa bende neh...
tak tahulah mana datangnya bende neh..
tapi mungkin boleh dikongsi sebagai bahn bacaan tmbhn..

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN..
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS...
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
o Rasa hormat pada diri sendiri;
o Rasa hormat kepada orang lain;
o Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.