Pukul 11 malam aku akan berangkat pulang ke Kedah
menyambung kembali perjuangan
berjuang mengejar kelas
berjuang menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan
menghabiskan sisa terakhir di bumi Sintok
Namun disudut terdalam hati ini
terasa berat untuk melangkah pergi
berat kerana selepas ini akan menghabiskan sisa terakhir disana
menghabiskan sisa suka dan duka
berusaha untuk meninggalkan kenangan terindah untuk mereka
Selepas ini perjuangan akan menjadi lebih sukar
pasti akan lebih banyak dugaan dan cubaan yang akan tiba
pasti banyak air mata akan jatuh dari mata ini
tapi akan aku cuba lalui semuanya dengan tabah
Bila mengingati akan insan-insan
yang rapat dalam hidup ini disana
insan-insan yang sentiasa menceriakan hidup ini
hati ini berasa berat
berat untuk melihat mereka sedih pabila
munculnya hari itu
berat untuk melihat perpisahan
apabila tibanya hari itu
Ya, aku manusia yang keras luarannya
tetapi didalam hati punyai serapuh-rapuhnya perasaan
Namun apa yang diharapkan
semuanya akan mampu tuk aku harungi
semuanya akan baik-baik sahaja
mengharapkan semuanya akan indah walau akan terpalit duka
mengharap agar aku mampu membahagiakan setiap dari
mereka sebelum tibanya detik itu
mengharapkan aku mampu menyelesaikan semuanya
sebelum tibanya waktu itu
Aku hanya mampu berdoa dan merancang
namun Allah yang menentukannya
moga segalanya terlaksana
kerana aku tidak mahu ada kenangan pahit
yang perlu diingati oleh mereka
pabila aku tiada disitu lagi.....
p/s: Tiada gambar atau senyuman kali ini kerana segala-galanya
sukar untuk aku ingati untuk kali ini....
1 comment:
miss kay..kau mesti kuat..
aku & mereka syg kau sunggu2..
all the best
:)
pssst..aku balik lewat
tapi tolong gtau aku kalau ade pape homework
:)
Post a Comment