Thursday, December 30, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Ish-ish, sejak duduk umah ni makin malas pulak update blog. Sedangkan banyak je benda yang nak dicerita. Tapi tulah, MALAS tu dah jadi kawan. Jadi, hari ni aku nak update pasal cuti-cuti Malaysia.

Hari tu, balik jek dari habis exam kakak saudara aku ajak pegi jalan-jalan. Aku pun dengan xcitednya tanyalah dekat mana, pastu dia cakap pegi Genting. Mula-mula fikir jugak, aku baru balik rumah duit pun dah habis. duit yang sedia ada untuk pegi cuti ngan membe. Takkanlah nak guna duit tu, sebab lama aku simpan duit tu tuk pegi bercuti ngan budak-budak ni. Sebabnya dah lama gila rancang. Tengah-tengah fikir tu, tiba-tiba kakak saudara aku mesej lagi. Mesej tu berbunyi begini, "tak payah fikir pasal hotel dan duit tiket bagai. Just bawak diri n baju jek, yang lain sumenya ditanggung."

Wah-wah pucuk dicita ulam mendatang, aku apalagi terus setuju. Hehehe. So, sekarang ni aku nak kongsi dengan korang pulak, gamba-gamba yang diambil sepanjang 2 hari 1 malam aku kat sana. Memang best dan happening cuti kat Genting. Lebih-lebih lagi bila pergi dengan kakak saudara. Lagipun, aku dah lama tak jumpa apatah lagi keluar dengan dorang.

Sebab datang waktu cuti skola, so macam nilah ramainya orang kat sana. Nasib baik pergi hari Isnin, so tak adalah kena beratur panjang sangat.
Ini budak sangat excited nak bermain di Genting, kejut je suruh bangun terus dia duduk. Selalunya susah nak bangun pagi. Ni anak kakak saudara aku, ummi dia dalam pantang. So makcik-makcik dia telah ditugaskan untuk menjaga budak kecik yang banyak mulut ni.
Budak Nisa' ni memang pandai bergaya bila ambil gamba. Tengok kamera jek terus senyum. Siap minta ambil gamba lain lagi bila tengok gamba dia cam x cantik. Huhuhu.
Yang depan tu Kak Aida, yang tengah adik sedara Aisyah dan yang blakang tu Kak Siti. Mungkin ni kali terakhir aku keluar berpoya-poya dengan dia, sebab bulan 3 tahun depan die dah nak kahwin. Huhu. Hilang satu geng dan hilang sorang kakak tuk aku buli.












Muka kelaparan dan kepenatan tunggu kakak sedara aku pegi beli McD. Huhu.

No comments: