Thursday, November 25, 2010

Ikhlas dari hati 2

inilah adalah sambungan daripada entry yang sebelum ni...


orang yang kedua yang memberi kesan dalam hidup aku adalah jiran 
aku...bukanlah jiran sebelah rumah, tapi jiran satu taman...aku mula kenal dengan die selepas aku habis SPM...sebenarnya aku bekerja dengan die...mula-mula aku hanya suka-suka je kerja dengan die...tapi bila lama-lama, aku jatuh cinta dengan apa yang aku buat...walaupun pada permulaannya aku cuba mengelak dan nafikan tapi akhirnya aku memang tak dapat nak lari dari perkara tersebut...

bila aku masuk tingkatan enam aku makin nampak minat aku ke arah bidang tersebut...dan dengan dorongan daripada die, aku kuatkan semangat...bila aku dapat UUM, aku ingat aku dapat dalam bidang lain...tapi rupa-rupanya aku silap...kat UUM nama kursus sahaja lain, tapi apa yang aku belajar adalah sama dengan apa yang aku minat..dari situ nampak sangat aku yak boleh nak larikan diri dari bidang tersebut...

sehingga tahun ni, aku masih lagi boleh dikatakan bekerja dengan die...sebab setiap kali cuti semester akan ada kerja untuk aku...honestly, kadang-kadang rasa tertekan jugak...tapi disebabkan minat, aku teruskan jugak...sebab selain daripada duit poket, pengalaman yang aku dapat sangatlah berharga...

die sangat-sangat memberi pengaruh dalam hidup aku...sebab melalui die aku kenal dengan selok-belok bidang ni...dan melalui die juga aku kenal tentang kehidupan yang sebenar..terus terang aku katakan, die adalah super women...sebab selepas die berhenti kerja, segala-galanya die lakukan sendiri...bekerja dari rumah, urus rumah tangga, mengajar anak tuisyen, memasak dna berbagai lagi perkara yang aku rasa tak semua perempuan mampu buat...

bagi aku die seorang yang banyak cakap, tapi apa yang dikatakan adalah benda yang betul dan bernas...seorang yang tegas dan garang dalam hal berkaitan dengan kerja...selain tu, die juga seorang yang agak kabut sikit...hehehe...


inilah dia LILY HASLINA NASIR...die sebenarnya penulis...satu yang aku kagum adalah gaya penulisan die...jujur aku cakap, gaya penulisan die sangat unik...sebab apa yang die tulis tak kisahlah apa jenis genre, membuatkan pembaca akan rasa dekat dng situasi tersebut...macam pembaca tu yang berada dalam buku tuh...die boleh duduk kat depan laptop berjam-jam lamanya...aku pun boley jugak, tapi bukan menaiplah tengok cerita jek...selain tu, yang aku kagum dalam setahun die boleh keluarkan beberapa buah yang menarik...kalau tengok time die menaip, perghh, memang laju...idea die macam air terjun bila die menaip...

auntie, post ni bukanlah tuk mengampu...tapi mmg jujur dari hati...kewartawanan dan penulisan yang sangat-sangat mencabar...melalui aunti banyak yang saya belajar mengenai bidang ni...tapi satu je, saya tak boleh nak jadi penulis novel sebab idea saya tak secanggih idea auntie...thanx sebab kenalkan saya dengan bidang ni, thanx sebab bagi banyak nasihat dan teguran pada saya...walaupun saya jauh dan tak puji auntie secara face to face, tapi jujur saya katakan saya adalah salah seorang daripada jutaan peminat auntie...

dan kawan-kawan saya kat sini tak tahu pun yang saya kenal rapat dengan auntie...disebabkan musim exam kat UUM sekarang ni, rumate saya disebabkan tension dengan exam die baca buku Mertuaku Sayang...dorang cakap buku tuh sangat kelakar dan memberi informasi...bila saya tanya siapa penulis buku tu dan dorang bagitahu auntie yang tulis, saya hanya mampu tersenyum...

p/s 1: thanx a lot auntie untuk semua yang auntie dah bagi dekat saya...segala nasihat dan cerita yang aunti berikan amat membantu saya dalam kehidupan saya... =)


p/s 2: auntie post ni bukan nak minta apa-apa, tapi semuanya dari hati...


p/s 3: sory copy gamba auntie dari dalam fb..okeilah gamba ni, nampak slim... =p

No comments: