Friday, October 21, 2011

Wednesday, October 19, 2011

Thursday, July 28, 2011

Wednesday, June 29, 2011

Melaka!!

Akhirnya aku dan member aku telah berjaya merealisasikan planning kitaorang nak pergi bercuti bersama. Destinasi yang dipilih mestilah yang paling dekat. Kitaorang pergi Melaka. Sebab pertama aku memang dah jatuh cinta ngan Melaka lepas join projek kelas Fotografi. Kedua sebab kawan aku jue, ada ngn zulaikha memang blaja kat melaka. So senanglah kitaorang nak pusing-pusing sebab ada penunjuk arah.


Bila fikir-fikir balik planning ni memang gila sikit. Sebabnya kitaorang pergi satu hari je means pergi pagi balik malam. Just jalan-jalan ambil gamba kat bandar hilir then petang dalam kul 4 kitaorang pergi Pantai Puteri mandi laut. Walaupun penat tapi memang happeninglah kat sana tuh.


Isi perut sambil tu ambil gambar dulu


Ni lepas ambil bibik zeha


Kat mana-mana coolblog ni mesti beli, memang cool r..














Cuaca terlalu panas, so aku ngn nani beli topi dulu..


Cendol ni yang buat aku tak tahan, waktu first aku datang Melaka aku dah jatuh hati kat cendol ni






Nak naik cruise






Ni kat Pantai Puteri, air kat sini memang masin gila


Bestfriend, Nani, Jue ngan aku....

Sunday, June 26, 2011

Boom Boom Yeah Menembak!!

Sepatutnya entry ni aku tulis last week. Tapi biasalah akukan rajin. Macam-macam nak kena buat (tipu je ni). Sabtu minggu lepas 18 Jun bos aku merangkap penyelia organisasi aku ajak aku dan member praktikal aku pergi MENEMBAK. Yups menembak ye pembaca. Tapi bukanlah pergi menembak kat dalam hutan. Menembak kat lapang sasar Mantin, Seremban. Kitaorang pergi tu adalah atas sambutan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Kira hari dorang bersama media.

Mula-mula sampai mestilah aku pergi makan dulu. Makan dengan bos mestilah tak payah bayarkan. (Alhamdulillah). Sampai je kat lapang sasar tu aku dah cuak dah. Bila bos aku cakap yang aku ngan member aku pun kena join menembak jugak bertambah-tambahlah cuaknya aku ni. Yelah, aku mana pernah menembak, pegang pistol pun tak pernah.

Tapi setelah diberi penerangan oleh kakitangan bertauliah, aku pun telah berjaya membuat tembakan demi tembakan. Pergh macam handal sangatlah pulak. Aku tak ingat pistol jenis apa yang aku guna, biasalah bila dah cuak penerangan pun aku tak dengar sangat.

Selain dari dapat pengalaman pegang pistol dan main tembak-tembak, aku dapat gak kenal dan beramah mesra dengan journalist dari agensi lain macam dari sinar, metro, NSTP, utusan dan berita harian. Dorang sangat happening dan melayan aku macam orang biasa jugak. Kira dorang tak adalah layan aku macam budak praktikal yang tak tahu apa-apa. 

Buat-buat berani+handal je ni, padahal dalam hati cuak gila

Terima kasih kakak kat sebelah tu yang bagi tunjuk ajar dan ada
disebelah aku sepanjang menembak

Nilah pistol dan alatan lain masa menembak tu.

p/s: lama tak update blog sebab banyak benda yang berlaku

Sunday, June 19, 2011

Setahun Sudah



Sedar tak sedar dah masuk setahun usia blog ni. Macam-macam yang aku contengkan atas blog ni. Macam-macam yang aku luahkan. Insyaallah seiring dengan pertambahan usia blog ni aku akan merajinkan diri lagi untuk menulis blog ni. Selain dari kegiatan seharian yang aku lalui, Insyaallah aku juga akan kongsikan pelbagai perkara yang boleh dikongsi untuk semua. 


Terima kasih, Syukran, Arigato, Danke, Thank You kepada semua yang sudi membaca dan mengikuti perkembangan blog ni. Tiada hadiah yang mampu diberikan kepada semua yang sudi membaca, hanya ucapan terima kasih sahaja.


Saya Sayang Kamu Semua!!!


=)

Sunday, June 12, 2011

Cupcakes

Tengahari tadi my luvly kakak Raja Nur Diana ajak jumpa. Plan nak jumpa memang da lama, cuma tak ada rezeki jek. So alhamdulillah tadi dapat jumpa walaupun sekejap. Tak sangka kak diana buat surprise tuk esok. Ladybird cupcakes, sgt comel walaupun coklatnya da cair sebab tadi panas. Terima kak for the cupcakes. Really appreciate it. Akak da bagi birthday present yg best n you the one yang bagi. Thanx sangat2...

p/s: Good luck untuk esok kak, moga Allah akan permudahkan segalanya tuk akak esok dan hari2 seterusnya...

=)
Published with Blogger-droid v1.6.9