Wednesday, September 8, 2010

miss both of u a lot...

akhirnya semalam dapat jugak aku melepak ngn my best friend forever...walaupun sekejap tapi sangat bermakna...ialah biarlah sekejap dari tak jumpa langsung...agak lama jugaklah kitaorang tak lepak together...so agak banyak cerita yang kitaorang share smlm...lebey2 lagi aku, banyak benda jugaklah yang dorang bahan aku...ialah sebab semua benda yang terjadi kebelakangan ni...n bila aku share ngn dorang berdua, suddenly aku rasa ringan sangat kepala aku neh...thanx a lot ek...

thanx a lot for both of u...julia n nani...raya nanti kita g jalan sama2 ek...

Buka puasa with my fren ex high school...

memang havoc...memang kecoh...memang riuh...tulah kitaorang bila jumpa...hari isnin bersamaan dengan 6 september kitaorang buat bising kat restoran malee kajang...punyalah kecoh sampai orang yang duduk kat restoran tuh asyik pandang kitaorang jek...hehehe...tapi pedulik apa, dorang jeles jek tuh...hehehehe...


ni antara mereka2 yang telah berjaya menghadirkan diri...terima kasih kepada semua sebab sudi datang...hehehehe...korang memang cool+havoc...


tu dia...tah apa tah yang zul ngah kelentong budak2 neh...zul nie r yang telah membuat kitaorang semua sakit perut ngn gelagat die yang klaka gile...


ni memang tak boley sabar dah...banyak sangat bercakap n buat lawak membuat an zul kehausan yang teramat sangat...

inilah keadaannya selepas semuanya habis dimakan...licin semuanya...ni meja kitaorang...meja sebelah takdelah dasyat sangat...sebab dorang semuanya sopan jek makan...hehehe...



lepas sembahyang maghrib sambung lagi lepak n borak kat Ayza...memang best...zul buat muka malu r konon...sebenarnya nak tutup muka yang dah kekenyangan...to adin, thanx sbb sudi join kitaorang setelah lama menghilangkan diri...

Tuesday, September 7, 2010

Terima Kasih Kerana Memaafkan Saya...

entry ini saya tujukan kepada kamu....walaupun saya tahu kamu tidak membacanya...terima kasih sebab kamu telah memaafkan semua kesalahan saya yang pernah saya lakukan terhadap kamu...memang amat berat kesalahan saya...meninggalkan kamu ketika kamu masih menyayangi saya...

disebabkan saya, kamu tidak lagi berhubung dengan kesemua kawan-kawan saya yang juga merupakan kawan-kawan kamu...disebabkan saya, mereka semua mengatakan kamu telah sombong dan tidak mengingati mereka sebagai kawan...disebabkan saya, mereka semua membenci kamu...

kamu, dalam hati saya ada sesuatu yang saya pendamkan selama ini...selama hampir empat tahun saya pendamkan dari kamu...akhirnya 5 september yang lalu saya punya kekuatan untuk memberitahu kamu...walaupun bukan melalui kata-kata tetapi tulisan tetapi saya berharap sangat agar kamu dapat memahaminya...

apabila apa yang saya ingin beritahu kamu itu terluah, saya berasa amat tenang walaupun sebelum itu perasaan saya bercampur baur...saya berasa seperti ingin menarik semula apa yang saya luahkan kepada kamu...

saya tidak tahu apakah disebabkan saya telah meluahkan apa yang terpendam itu menyebabkan hati kamu terbuka semula untuk menghubungi kawan-kawan saya...saya tidak tahu adakah disebabkan itu kamu sudi untuk keluar berjumpa dengan kami semua...namun, jauh disudut hati saya, saya amat bersyukur kerana kamu masih sudi lagi berkawan dengan kami...

kamu, kalau kamu hendak tahu saya telah mendapat balasan atas apa yang telah saya lakukan kepada kamu...dua kali saya dikecewakan...dua kali saya dipermainkan...tetapi kamu, sepanjang saya berkawan dengan mereka, hati saya tetap pada kamu...saya tetap merindui kamu..

kamu terima kasih kerana selama ini kamu telah banyak mengajar saya...kamu telah mengajar saya mengenai erti penantian...kamu telah mengajar saya mengenai erti kesetiaan...kamu telah mengajar saya mengenai erti kesabaran...kamu telah mengajar saya mengenai erti penantian...kamu telah mengajar untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu...

terima kasih sekali lagi kepada kamu kerana telah memaafkan saya...saya tahu kamu tidak akan kembali kepada saya walaupun air mata darah yang keluar sekalipun...saya tahu kamu tidak akan cuba tuk mencintai saya tuk kali kedua disebabkan apa yang saya telah lakukan...

terima kasih juga kerana sudi memujuk saya sewaktu saya menangis semalam semasa meminta maaf dengan kamu...apa yang saya harap sekarang ini hanyalah persahabatan kamu...

kamu, mulai hari ini saya bebaskan kamu dari hati saya...tetapi untuk membuka hati saya buat lelaki yang mungkin akan mengambil masa...tetapi ini bukan salah kamu...saya doakan agar kamu akan menemui insan yang terbaik yang dapat menjaga dan menyayangi kamu dengan sebaiknya...terima kasih tuk segalanya kamu...

Tuesday, August 31, 2010

Kad Raya..... =)

Sekarang ni dah masuk sepuluh malam terakhir...orang melayu panggil malam 7 likur...pastu sekrang ni tinggal 3 hari nak balik rumah...ermmm...nak kata excited mesti r excited...tapi tak boleh tunjuk sangat kat budak semester satu neh...sbb dorang lg excited dari aku...huhu...biasalah nama pun semester satu...dah dua bulan lebih tak balik rumah so mestilah rasa excited...

dalam sibuk2 orang guna facebook dan sms tuk bagi ucapan raya...tahun nie aku dapat satu kad raya...eleh alid neh, baru dapat satu dah kecoh...hehehe...sebenarnya bukan apa, kad raya yang aku dapat ni besar daripada yang biasa n kad ni diberi oleh junior aku yang selalu kena buli ngan aku...huhu...


ni sampul kad raya yang dorang bagi...ada ke patut poskodnya ditulis siput...ish2...memang nak kena neh...huhu...


ni pulak muka surat pertama...tengok r tuh..ada gamba siput lagi...ish2...


ni pulak muka surat tengah dengan belakang kad raya tuh...pergh bagus betul dorang neh...siap jemput g bilik terbuka lagi...tapi tarikh tu cm x best jek...sbbnya waktu tu cam aku tak balik lg jek...huhu...

pape pun thanx a lot kat anis, bella, aini ngan achik tuk kad raya neh...selamat hari raya pada korang jugak...akk pun sama gak, minta maaf sebab slalu kacau korang...kalo ada terasa ati ngan akak, akak harap korang dapat maafkan akk ek...sayang korang... =)

Wednesday, August 18, 2010

Aku juga punya hati....

aku hanyalah seorang perempuan yang sama dengan yang lain...ingin disayangi dan dimiliki...tapi aku susah nak jatuh cinta pada seseorang...sekali aku sudah jatuh cinta agak sukar untuk aku melupakan...tapi mungkin da memang takdir yang tertulis, aku akan jatuh pada orang yang hanya hadir dalam hidup aku ketika mereka kesunyian...ketika mereka memerlukan seseorang untuk bercerita...tapi bila mereka telah berjumpa dengan orang yang mereka rasakan
sesuai mereka akan pergi meninggalkan aku yang berharap...
hei lelaki!!! boleh tak kalau kau tak berikan harapan palsu kepada perempuan...boleh tak kalau kau jangan keluarkan ayat2 manis kau tu bila kau tak inginkan perempuan tu...sedarlah lelaki yang hati wanita ni lembut...wanita ini mudah terasa apabila seorang lelaki itu mengambil berat akan diri mereka...jika lelaki itu mengeluarkan kata-kata manis yang sepatutnya dikeluarkan oleh kekasih bukannya kawan atau sahabat...aku dah rasa muak dengan kau...kau bagi aku bagaikan syaitan yang bertopengkan manusia...mereka semua mengatakan kaulah yang terbaik, tetapi tidak bagi aku...maafkan aku wahai kamu...

aku tahu yang aku ini tidak sesempurna wanita yang lain..aku akui yang aku berbeza dari mereka yang lain...tetapi aku tetap sama dengan mereka kerana aku juga punya hati dan perasaan untuk disayangi dan menyayangi...jangan kau tanya kenapa aku tidak lagi seperti dahulu...sebabnya soalan itu perlu kau tanya pada diri kau sendiri...

sekarang ni jika aku mendengar lagu, semua lagu itu seolah-olah ditujukan kepada diriku...semua liriknya bagaikan kena dengan diri dan situasi aku...akhirnya aku sedar semua lagu tersebut sama kerana liriknya ditulis oleh insan yang mungkin juga sama dengan diriku...

jika rakan-rakanku bertanya adakah aku masih lagi menyayangi dan mengingati lelaki itu dalam hidup aku...YA!!! aku masih lagi menyayangi dan mengingatinya..mana mungkin aku dapat melupakan dia kerana dia juga kawanku...tapi yang pasti aku sedang berusaha membuangnya jauh dari sudut hatiku...

Saturday, July 31, 2010

Percutian yang best.... =)

akhirnya dapat juga aku keluar dari UUM...meninggalkan segala masalah, meninggalkan segala asimen yang bertimbun...meninggalkan kesemua kekusutan dalam otak aku neh menuju ke Baling...aku pergi dengan rumate dan juga coursemate die...aku an boley masuk dengan semua orang...hehehe...

sebenarnya rumate aku g Baling sbb nak wat research sal asimen...tp dah alang2 ak pun ikutlah sekali...kitaorang pergi dengan 2 buah kereta...khamis malam kul 9 kitaorang bertolak ke Baling...smpai kat sana dlm pukul 1 pagi...kitaorang duduk kat umah ayah angkat Ifa...makan2 jap, pastu dalam pukul 2 kitaorang bergerak g kolam air panas ulu legong...pegi jalan kaki jek sbb tmpt tu tak adalah jauh sgt, just depan umah ayah angkat Ifa jek...lepak kat situ main air panas adalah smpai pukul 4 pagi...memang bestlah...

esoknya, pegi teman Ida ngn coursemate die buat research kat sekitar Ulu Legong...tengahari balik, tolong mak angkat Ifa masak...pas masak pergi berkelah kat sungai angkat...memang lagi bestlah...lauk pulak memang sedap...kari ayam kampung, sotong dan petai masak sambal,ikan pari kukus dengan nasi panas...memang terbaiklah..dua kali jugaklah aku tambah nasi...

lastly dalam area kul 4 petang kitaorang bertolak balik...tp tak terus balik, pegi singgah rumah Ida ngan rumah Ewa dulu...dalam perjalanan balik Wani tak larat nak bawa kete...so aku kena bawak kete...mula2 aku ingat nak bawak kete dari baling smpai jitra jek...sbbnya aku takut jalan yang banyak traffic light...tp last2 skali dengan tunjuk ajar dari Wani aku berjaya bawak dari Baling ke UUM...memang tak sangkalah...perjalanan tuh dahlah ambil masa 3 jam lebih...huhu...papepun, semuanya dah selamat sampai...

Wednesday, July 21, 2010

Minggu Kedua

sekarang ni dah masuk minggu yang kedua...so kebanyakan pensyarah dah start mengajar..
so aku pun dah start pening-pening lalat sikit...huhu..asimen pun kebanyakan pensyarah dah bagi kat kitaorang...

aku ingat an semester ni kitaorang pelajar-pelajar kewartwanan tak payah buat surat khabar sintok lagi...ingatkan semeseter ni kitaorang hanya jadi penunjuk ajar pada pelajar-pelajar yang ambil paper penulisan media jek..tapi rupa-rupanya aku silap..semester ni kitaorang perlu juga buat surat khabar sintok tuh...bukan setakat kena buat, kitaorang kena wat pertukaran ke atas layout surat khabar tu lagi...hmmm...aku harap kitaorang semua boleh buat dengan jayanya...bila fikir-fikir balik best bila kitaorang semua bertungkus-lumus nak siapkan sintok online sem lepas...stay up kat bilik berita sampai pagi..jln kaki sama-sama pukul 5 dan 6 pagi..semua tu best sangat...

walaupun semester ni aku hanya ambil lima subjek sahaja, tapi aku rasa semua subjek tuh cam berat jek...ialah kebanyakannya paper 2 ribu dan 3 ribu..aku tak tahulah aku boleh buat ke tak..tapi aku harap sgt2 yang semester ni aku dapat naikkan pointer lagi...so aku tak boley blaja main-main lagi macam semester yang lepas..aku kena bahagikan masa sebabnya dalam masa yang sama aku kerja semester ni...